كلمات Harapan PadaMu Subur Kembali (Akustik)

🎤 Syah Mohamed
Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu

HambaMu rasa putus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
Ya Allah Tuhanku bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini

Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu
🟢 واتساب 𝕏

أغانٍ أخرى لـ Syah Mohamed

كل أغاني Syah Mohamed ←